Friday, December 20, 2013

0

Lama tak kayuh beb

wow..cepatnya masa berlalu  hari berganti hari dan aku pon makin lama da tak kayuh hehehe...

Saturday, August 4, 2012

1 comments

Tekanan Angin Pada Tayar MTB

sumber: rajabukit.com

Berapa tire pressure nak pump ni? Keras sangat nanti tak sedap pulak!

Mungkin itulah persoalan yang pernah anda fikirkan terutamanya jika anda masih baru dalam kegiatan MTB ini.

Menunggang dengan tekanan tayar yang sesuai akan memberi banyak perbezaan pada rasa (feel) tunggangan dan juga cara kawalan basikal anda. Tayar yang terlalui keras akan mengurangkan cengkaman pada permukaan trail dan mengurangkan kawalan. Manakala tekanan angin yang terlalu rendah pula akan membuatkan tayar anda mudah pancit (pinch flat).

Tekanan angin pada tayar adalah berbeza-beza mengikut rider dan setup. Keadaan trail juga memainkan peranan tentang tekanan angin yang bagaimana mahu digunakan. Kuncinya ialah untuk mencari tekanan angin bagaimana yang benar-benar sesuai dengan anda dalam keadaan biasa. Kemudian, anda boleh belajar untuk mengubah tekanan ini kemudian bergantung kepada keadaan trail.

Berikut adalah antara cara terbaik untuk mendapatkan setup tekanan angin yang sesuai untuk anda…

Pertama sekali anda perlu mencari pump yang mempunyai meter tekanan angin. Gunakan pump yang sama setiap kali anda membuat pengubahsuaian. Pump ini kadang-kadang boleh menjadi tidak tepat, jadi adalah lebih baik untuk anda menggunakan 1 pump sahaja.

  • Mulakan dengan tekanan yang lebih tinggi sekitar 40 – 50 psi atau 3 – 3.5 bar untuk tayar bersaiz 2.2 – 2.3. Untuk tayar tubeless, mulakan dengan lebih rendah sekitar 30 – 40 psi sahaja. Semakin tinggi berat badan anda, semakin tinggi pula tekanan tayar yang anda perlukan.
  • Tunggang basikal anda dengan tekanan angin ini beberapa ketika untuk mendapatkan ‘feel’ bagaimana basikal anda bertindak ketika di selekoh atau permukaan yang licin.
  • Sekarang, turunkan tekanan angin sebanyak 5 psi (0.35 bar) pada setiap tayar. Dan sekali lagi tunggang basikal anda untuk sekali lagi merasa bagaimana keadaan basikal anda sekarang berbanding sebelumnya. Anda sepatutnya akan merasa sedikit perbezaan dari segi cengkaman dan kestabilan pada tayar dan basikal anda.
  • Jika anda masih tidak merasa apa-apa, turunkan lagi sedikit tekanan pada tayar anda sebanyak 5 psi (0.35 bar). Apa yang anda cari sekarang ialah tekanan angin yang paling rendah boleh anda tunggang tanpa mengabaikan risiko tayar anda untuk ‘pinch flat’ (pancit).

Apa itu Pinch Flat?

Anda akan mengalami ‘pinch flat’ sekiranya tayar anda bergolek melalui sesuatu objek dan tertekan sehingga tayar dan tiub anda tersepit di antara objek tersebut dan rim basikal anda. Biasanya ini akan menyebabkan 1 lubang kecil atau 2 pada tiub basikal anda.

Teruskan untuk merendahkan tekanan tayar anda sekitar 3 – 5 psi sehingga anda merasa tayar anda mencengkam dengan cukup bagus. Jika terlebih maka anda akan mendapat pinch flat. Jadi, berhentilah mengurangkan tekanan angin sebaik anda merasa sudah mendapat kawalan yang baik atau anda tidak dapat lagi merasa apa-apa perbezaan di antara tekanan yang berlainan.

Jika anda mula merasakan yang rim anda mula berlaga dengan permukaan laluan atau mula mendapat pinch flat, naikkan sedikit tekanan tayar anda sedikit demi sedikit.

Ada 1 lagi ‘trick’ yang perlu anda ketahui

Tekanan angin yang rendah akan membuatkan basikal anda lebih berat untuk dikayuh. Bagaimanapun, kawalan dan cengkaman yang lebih baik ketika mendaki atau downhill akan memberi sedikit kelebihan. Jadi, cari satu tekanan yang boleh mengimbangi kedua-dua perkara ini. Sebahagian XC racer akan memilih untuk mengorbankan sedikit tentang kawalan untuk mendapatkan kelebihan ketika melakukan kayuhan.

Sebaik anda sudah mendapat tekanan angin yang selesa untuk anda, cubalah untuk memicit tayar anda dengan tangan. Bila anda sudah biasa dengan feel tayar anda, anda akan sentiasa boleh mendapatkan tekanan yang anda mahukan dengan apa jua pump.

Friday, August 3, 2012

0

Panduan Saddle Adjustment

SUMBER :RAJABUKIT.COM


Berikut adalah satu contoh saddle adjustment yang agak teknikal. Ukuran adalah berdasarkan ketinggian rider. Dalam contoh ini, ketinggian rider adalah 167cm. Lakukan pengiraan untuk diri anda sendiri berdasarkan contoh kiraan yang diberikan di bawah ini.

Setiap ukuran adalah mengikut ketinggian rider. Bermula dgn ukuran panjang kaki (ukur dalam keadaan berkasut dari bawah/lantai hingga ke celah kelangkang) utk menentukan ketinggian saddle. Dalam contoh ini, panjang kaki rider adalah 77.3 cm & perlu didarabkan dgn 0.883 utk mendapat ukuran yg sepatutnya iaitu 77.3 cm x 0.883 = 68.2 cm (ukuran dari pusat bottom bracket ke permukaan atas saddle).

Tinggi rider = 77.3 cm x 0.883 = 68.2 cm

Seterusnya levelkan saddle. Kemudian duduk atas bike utk menentukan kedudukan rail saddle dengan memastikan kedudukan bawah tempurung lutut kaki hadapan selari dengan kedudukan pedal (kaki di atas pedal berkedudukan pukul 3 & 9). Adjust saddle ke depan atau kebelakang untuk mendapat sudut yang sesuai dan selesa dalam keadaan ‘level’. Tambah ketinggian atau rendahkan kedudukan saddle sedia ada mengikut kesesuaian. Dongakkan saddle atau tundukkan ia mengikut kesesuaian tunggangan anda kemudiannya.

Levelling

Lakukan ujian tunggangan di trail bagi menguji kesesuaiannya. Semasa ride, sila periksa kadar keselesaan. Setup yang kurang tepat boleh mengakibatkan sakit di bahagian belakang. Secara keseluruhannya anda perlukan stem yg lebih panjang utk kemudahan semasa mendaki. Paling ideal adalah sekitar 90mm utk mengimbangi antara climb & descent.

Untuk panduan lebih lanjut berkaitan kedudukan saddle spt mendongak atau sebaliknya, ia boleh dirujuk pada panduan MTB “Trailrider Blueprint”.

Friday, July 27, 2012

0

Memahami Fungsi Geometri Basikal

Banyak review pada majalah dan laman web yang memberikan anda berbagai nombor itu dan ini, tetapi mungkin yang hanya anda fahami adalah harganya! Jika anda membeli basikal atau frame dari pengeluar terkemuka, sudut (angle) dan ukuran adalah berbeza mengikut keperluan sesuatu disiplin basikal. Terdapat perbezaan di antara pelbagai jenama. Berikut adalah perkara kunci yang anda perlu ketahui berkaitan geometri.

Basikal & geometrinya

A. Seat Tube

B. Top Tube

C. Head Tube

D. Wheel Base

E. Chain Stay

F. Stand Over

G. Bottom Bracket (BB) Height

H. Head Angle

I. Seat Angle

J. Fork Length

3.1 Head Angle

Head angle (label H) memberikan kesan yang paling besar ke atas ‘rasa’ (feel) basikal anda. Lebih besar angka, lebih menegak (steep) kedudukannya – lebih rendah angka, lebih condong (slack) kedudukannya.

Head angle yang steep akan lebih mudah di pusingkan ke kiri atau kanan dan mudah dikawal ketika mendaki. Namun kawalan ketika menuruni bukit terutama yang terlalu curam adalah agak goyah dan kurang baik.

Head angle yang slack pula akan cukup stabil pada kelajuan yang lebih tinggi di laluan yang lebih kasar. Walaubagaimanapun ia tidak mudah di pusingkan. Untuk melalui selekoh yang sempit, anda perlu menggunakan lebih gerakan badan untuk melepasinya.

Kebanyakan fork dewasa ini, membolehkan anda menukar travel dan ketinggian ketika mendaki.

Merendahkan bahagian depan sehingga 2 inci akan menegakkan head angle anda sekitar 1.5 ke 2 degree, dan pasti memudahkan pendakian namun menyukarkan anda menuruni bukit jika anda terlupa memanjangkan travel fork anda semula. Bagi rider berpengalaman, mereka akan dapat merasakan perbezaan walaupun sekadar 0.25 degree.

Head Angle Pada Kebiasaannya

  • Cross Country – 70 ke 71 degree
  • All Mountain – 69 degree
  • Freeride dan Downhill – 66 ke 67 degree

Jika anda lebih sukakan keadaan downhill yang curam dan kasar, belilah basikal yang memiliki head angle yang slack. Panjangkan fork atau rendahkan bottom bracket untuk lebih slack. Head angle yang steep sesuai bagi trail yang rata dan banyak mendaki.

3.2 Ketinggian Bottom Bracket

Ketinggian bottom bracket (label G) menentukan jumlah ‘clearance’ yang ada dengan permukaan trail. Lebih rendah bottom bracket maka lebih rendah pusat gravity anda dan lebih mudah untuk basikal anda melalui selekoh. Bagaimana pun, bottom bracket yang terlalu rendah memudahkan untuk basikal atau pedal anda tersangkut pada batu, akar atau lain-lain.

Basikal yang mempunyai travel yang panjang biasanya mempunyai ketinggian bottom bracket yang lebih untuk memberi ruang kepada suspension sag dan permukaan trail yang lebih kasar.

Ketinggian Bottom Bracket Pada Kebiasaannya

  1. Hardtail – 11.5 ke 12 inci
  2. XC Full Suspension – 12 ke 13 inci
  3. All Mountain – 14 inci
  4. Freeride dan Downhill – 14.5 ke 16 inci

Untuk kawalan yang baik, pilih basikal dengan ketinggian bottom bracket yang paling rendah. Tunggangan yang lebih perlahan di trail teknikal memberi kelebihan pada bottom bracket yang tinggi. Jika chairing crank menjadi masalah seperti selalu tersangkut pada batu dan lain-lain, gunakan yang lebih kecil beserta bashguard.

3.4 Panjang Pendek Chain Stay

Chainstay (label E) yang pendek adalah lebih menyeronokkan. Ia meletakkan bahagian belakang basikal anda betul-betul dibawah badan untuk lebih cengkaman ketika mendaki, memudahkan mengambil selekoh dengan lebih cepat dan lebih mudah untuk mengangkat bahagian depan basikal anda.

Namun begitu, panjang pendek chainstay juga dipengaruhi oleh panjang travel belakang, ruang tayar dan panjang rantai yang sesuai untuk mendapatkan rekaan frame yang baik. Oleh itu, dapatkan basikal dengan chainstay yang terpendek tetapi masih dapat memenuhi keperluan anda untuk ruang tayar dan travel yang cukup.

3.5 Seat Angle

Sudut tempat duduk (label I) yang lebih menegak seperti pada basikal cross country, meletakkan anda pada posisi kayuhan yang optimum. Sudut yang lebih condong akan meletakkan penunggang lebih ke belakang untuk memudahkan downhill. Anda masih boleh berkayuh dengan baik tetapi tidak sebaik pada sudut yang menegak. Pada kebanyakan basikal, sudut tempat duduk membayangi head angle mengikut kesesuaian corak tunggangan. Jika anda merasakan tempat duduk anda terlalu kebelakang, majukan ia pada seatpost.

Sila klik ‘Like’ jika anda sukakan artikel ini. Artikel dipetik dari Panduan MTB “Trailrider Blueprint”.

sumber rajabukit.com

Thursday, July 26, 2012

0

Cara Memilih Saiz Basikal Yang Betul

sumber :rajabukit.com


Pemilihan saiz basikal adalah bergantung kepada saiz badan dan kaki anda. Walaubagaimanapun, corak tunggangan anda juga akan memainkan peranan.

Sebagai contoh, jika anda lebih menumpukan kepada kayuhan atau racing, pemilihan saiz yang benar-benar tepat adalah amat penting. Tetapi jika anda lebih kepada suka-suka dan akan lebih seronok melayan trail ketika menuruni bukit di laluan yang pelbagai, anda digalakkan untuk memilih frame yang 1 inci lebih kecil dari saiz sebenar. Ini kerana frame yang lebih kecil akan lebih mudah dikawal dan lebih menyeronokkan.

Begitu juga jika anda memilih untuk menggunakan full suspension. Anda digalakkan untuk menggunakan saiz yang 1 inci lebih kecil berbanding hardtail. Ini kerana basikal full suspension biasanya adalah lebih tinggi berbanding hardtail.

Di bawah ini disediakan carta yang anda boleh gunakan sebagai asas untuk pemilihan saiz frame yang sesuai. Namun sebelum itu anda perlu melakukan sedikit ukuran pada badan anda.

Mengukur Ketinggian Anda

  • Tanggalkan kasut anda
  • Berdiri membelakangi dinding dengan kedua kaki terbuka bersahaja
  • Minta bantuan rakan untuk ukur ketinggian anda dari kepala ke kaki lantai
  • Tuliskan ketinggian anda dalam inci atau sentimeter

Mengukur Panjang Kaki Anda (Inseam)

  • Panjang kaki anda atau inseam basikal adalah berbeza dengan inseam pakaian atau saiz jeans
  • Mulakan dengan menanggalkan kasut anda
  • Berdiri membelakangi dinding dengan kedua kaki terbuka bersahaja
  • Letakkan sebuah buku di ‘kelangkang’ anda dengan bahagian ‘binding’nya menghadap ke atas
  • Minta bantuan rakan untuk mengukur dari lantai ke bahagian atas ‘binding’ buku
  • Catatkan ukuran dalam inci atau sentimeter

Gunakan carta di bawah untuk memilih saiz basikal yang sesuai untuk anda. Dengan mengetahui ketinggian dan panjang kaki anda, adalah lebih mudah untuk menentukan saiz yang sesuai dan selesa untuk anda. Di antara 2 ukuran itu (tinggi dan inseam), inseam adalah lebih penting.

Mountain bike biasanya mempunyai ukuran dalam inci, iaitu dari bahagian tengah crank sehingga ke top tube.

Panduan Saiz Mountain Bike

Mountain Bikes – Pilih Saiz Yang Betul
Tinggi Anda Panjang Kaki (Inseam) Saiz Frame
4’11″ – 5’3″ 25” – 27” 13 – 15 inci
5’3″ – 5’7″ 27″ – 29″ 15 to 17 inci
5’7″ – 5’11″ 29″ – 31″ 17 to 19 inci
5’11″ – 6’2″ 31″ – 33″ 19 to 21 inci
6’2″ – 6’4″ 33″ – 35″ 21 to 23 inci
6’4″ & ke atas 35″ and up 23 inci & ke atas

Friday, July 20, 2012

0

Untuk Mountainbiker 1



Terima kasih kepada Rajabukit.com kerana telah bersusah payah untuk membuat panduan kecergasan kepada peminat basikal MTB.... layari video yang telah beliau olah : -
1 comments

Kebaikan Kayuh Basikal

Kebaikan Kayuh Basikal

Banyak kelebihan kayuh basikal pada pandangan aku la. Berikut adalah yang aku senaraikan:

1. Dapat ramai kawan. Tak payah nak xplen. Aku yang pendiam dan pemalu nie pun dapat ramai kawan, ada dari meru, shah alam, sg besi, kapar, dll. Kalau yang mulut kecoh tu apatah lagi hahahaha

2. Dapat membuat jaringan kawan perniagaan dan urusan pekerjaan. Sapa nak business MLM pun bleh...

3. Dapat menenangkan fikiran. Bila tengok pemandangan yang indah. Pehhhh bestnya.

4. Ubat Selsema - Aku ni ada resdung. Kalau aku selsema maka ubat yang paling mujarab bagi aku ialah dengan kayuh basikal. Tapi kena ingat yang bagi sembuh Allah. Allah bleh bagi sembuh dengan kayuh, dengan ubat atau dengan apa cara yang Dia kehendaki.

5. Ubat kuat tenaga batin - rasa-rasanya macam bertambah kuat lak tenaga bila dah kayuh basikal nie. Mungkin sebab masa naik basikal tempat tersebut dan kawasan sekitarnya kena massage kot..

6. Dapat tau banyak jalan. Bila dah kayuh nie, macam-macam jalan dah aku rempuh sesama kengakawan. Habis satu Kuala Selangor aku redah. Yang paling dahsyat ialah kayuh dari kolam udang ke Taman Alam. Bukan setakat kuala selangor je aku redah...ke Bukit Kapar, Bukit Ramli, RRI, Frim. Macam-macam lagi lah.

7. Badan jadi sihat dan kuat dengan bersenam dan beriadah. Aku nie malas berjoging. Kayuh basikal je lah yang dapat aku buat.

8. Dapat tingkatkan motivasi. Bila tengok bukit tinggi. Dalam hati kena kata "aku boleh kayuh sampai atas tanpa nolak !!! " . Kalau lemah motivasi maka terpaksalah tolak. Tapi kalau tengok bukit tu memang sepatutnya kena tolak... tolak je laaa hahahaha apa tunggu lagi. And satu lagi bila tengok jarak kayuhan... pehhh contoh paling senang kayuh di Seri Iskandar, 55 km mtb offroad!! ... kalau motivasi tak kuat alamat naik lori pengelola la jawabnya.

9. Dapat belajar tip-tip kesihatan. Contoh cara penafasan bila kayuh. Aku di ajar tarik dalam dalam dan bila lepas nafas kena perlahan-lahan atau sikit-sikit. Oksigen akan terus ada dalam badan. Kalau lepas terus, oksigen akan hilang. (betul ke haa... korang yang pandai bab penafasan ni tolong bagi komen kat ruang komen ya). Juga makanan dan minuman untuk excersice contoh makan PISANG!!! macam tak caya je makan pisang bagi power lain la makan Power Bar...power gel, susu protein (bagi bina otot) dan lain-lain.

10. Banyak lagi da.... korang baca je lah article kat bawah...tak faham bahasa inggeris copy and paste dalam google translate k.

DAN AKHIR SEKALI BAGI LA KOMEN KAT RUANG COMMENT K... Setiap kali masuk website ni jangan lupa isi ruang comment k. Tapi minta tolong jangan buat ayat yang bukan-bukan dah la k.

Kebaikan kayuh basikal

1. Answer.com
2. Ezine Articles
3. Health Benefits of Cycling
4. Benefit of Cycling
5. Cycling and Health
6. Why Ride a Bicycle?


Bab makanan dan minuman untuk pengayuh basikal

(1) Basic Nutrition for Better Bike Riding
(2) Best Foods to Eat befor / after ride
(3) Cyling Food and Drink