Saturday, August 4, 2012

Tekanan Angin Pada Tayar MTB

sumber: rajabukit.com

Berapa tire pressure nak pump ni? Keras sangat nanti tak sedap pulak!

Mungkin itulah persoalan yang pernah anda fikirkan terutamanya jika anda masih baru dalam kegiatan MTB ini.

Menunggang dengan tekanan tayar yang sesuai akan memberi banyak perbezaan pada rasa (feel) tunggangan dan juga cara kawalan basikal anda. Tayar yang terlalui keras akan mengurangkan cengkaman pada permukaan trail dan mengurangkan kawalan. Manakala tekanan angin yang terlalu rendah pula akan membuatkan tayar anda mudah pancit (pinch flat).

Tekanan angin pada tayar adalah berbeza-beza mengikut rider dan setup. Keadaan trail juga memainkan peranan tentang tekanan angin yang bagaimana mahu digunakan. Kuncinya ialah untuk mencari tekanan angin bagaimana yang benar-benar sesuai dengan anda dalam keadaan biasa. Kemudian, anda boleh belajar untuk mengubah tekanan ini kemudian bergantung kepada keadaan trail.

Berikut adalah antara cara terbaik untuk mendapatkan setup tekanan angin yang sesuai untuk anda…

Pertama sekali anda perlu mencari pump yang mempunyai meter tekanan angin. Gunakan pump yang sama setiap kali anda membuat pengubahsuaian. Pump ini kadang-kadang boleh menjadi tidak tepat, jadi adalah lebih baik untuk anda menggunakan 1 pump sahaja.

  • Mulakan dengan tekanan yang lebih tinggi sekitar 40 – 50 psi atau 3 – 3.5 bar untuk tayar bersaiz 2.2 – 2.3. Untuk tayar tubeless, mulakan dengan lebih rendah sekitar 30 – 40 psi sahaja. Semakin tinggi berat badan anda, semakin tinggi pula tekanan tayar yang anda perlukan.
  • Tunggang basikal anda dengan tekanan angin ini beberapa ketika untuk mendapatkan ‘feel’ bagaimana basikal anda bertindak ketika di selekoh atau permukaan yang licin.
  • Sekarang, turunkan tekanan angin sebanyak 5 psi (0.35 bar) pada setiap tayar. Dan sekali lagi tunggang basikal anda untuk sekali lagi merasa bagaimana keadaan basikal anda sekarang berbanding sebelumnya. Anda sepatutnya akan merasa sedikit perbezaan dari segi cengkaman dan kestabilan pada tayar dan basikal anda.
  • Jika anda masih tidak merasa apa-apa, turunkan lagi sedikit tekanan pada tayar anda sebanyak 5 psi (0.35 bar). Apa yang anda cari sekarang ialah tekanan angin yang paling rendah boleh anda tunggang tanpa mengabaikan risiko tayar anda untuk ‘pinch flat’ (pancit).

Apa itu Pinch Flat?

Anda akan mengalami ‘pinch flat’ sekiranya tayar anda bergolek melalui sesuatu objek dan tertekan sehingga tayar dan tiub anda tersepit di antara objek tersebut dan rim basikal anda. Biasanya ini akan menyebabkan 1 lubang kecil atau 2 pada tiub basikal anda.

Teruskan untuk merendahkan tekanan tayar anda sekitar 3 – 5 psi sehingga anda merasa tayar anda mencengkam dengan cukup bagus. Jika terlebih maka anda akan mendapat pinch flat. Jadi, berhentilah mengurangkan tekanan angin sebaik anda merasa sudah mendapat kawalan yang baik atau anda tidak dapat lagi merasa apa-apa perbezaan di antara tekanan yang berlainan.

Jika anda mula merasakan yang rim anda mula berlaga dengan permukaan laluan atau mula mendapat pinch flat, naikkan sedikit tekanan tayar anda sedikit demi sedikit.

Ada 1 lagi ‘trick’ yang perlu anda ketahui

Tekanan angin yang rendah akan membuatkan basikal anda lebih berat untuk dikayuh. Bagaimanapun, kawalan dan cengkaman yang lebih baik ketika mendaki atau downhill akan memberi sedikit kelebihan. Jadi, cari satu tekanan yang boleh mengimbangi kedua-dua perkara ini. Sebahagian XC racer akan memilih untuk mengorbankan sedikit tentang kawalan untuk mendapatkan kelebihan ketika melakukan kayuhan.

Sebaik anda sudah mendapat tekanan angin yang selesa untuk anda, cubalah untuk memicit tayar anda dengan tangan. Bila anda sudah biasa dengan feel tayar anda, anda akan sentiasa boleh mendapatkan tekanan yang anda mahukan dengan apa jua pump.

1 comments:

Post a Comment