Friday, July 27, 2012

0

Memahami Fungsi Geometri Basikal

Banyak review pada majalah dan laman web yang memberikan anda berbagai nombor itu dan ini, tetapi mungkin yang hanya anda fahami adalah harganya! Jika anda membeli basikal atau frame dari pengeluar terkemuka, sudut (angle) dan ukuran adalah berbeza mengikut keperluan sesuatu disiplin basikal. Terdapat perbezaan di antara pelbagai jenama. Berikut adalah perkara kunci yang anda perlu ketahui berkaitan geometri.

Basikal & geometrinya

A. Seat Tube

B. Top Tube

C. Head Tube

D. Wheel Base

E. Chain Stay

F. Stand Over

G. Bottom Bracket (BB) Height

H. Head Angle

I. Seat Angle

J. Fork Length

3.1 Head Angle

Head angle (label H) memberikan kesan yang paling besar ke atas ‘rasa’ (feel) basikal anda. Lebih besar angka, lebih menegak (steep) kedudukannya – lebih rendah angka, lebih condong (slack) kedudukannya.

Head angle yang steep akan lebih mudah di pusingkan ke kiri atau kanan dan mudah dikawal ketika mendaki. Namun kawalan ketika menuruni bukit terutama yang terlalu curam adalah agak goyah dan kurang baik.

Head angle yang slack pula akan cukup stabil pada kelajuan yang lebih tinggi di laluan yang lebih kasar. Walaubagaimanapun ia tidak mudah di pusingkan. Untuk melalui selekoh yang sempit, anda perlu menggunakan lebih gerakan badan untuk melepasinya.

Kebanyakan fork dewasa ini, membolehkan anda menukar travel dan ketinggian ketika mendaki.

Merendahkan bahagian depan sehingga 2 inci akan menegakkan head angle anda sekitar 1.5 ke 2 degree, dan pasti memudahkan pendakian namun menyukarkan anda menuruni bukit jika anda terlupa memanjangkan travel fork anda semula. Bagi rider berpengalaman, mereka akan dapat merasakan perbezaan walaupun sekadar 0.25 degree.

Head Angle Pada Kebiasaannya

  • Cross Country – 70 ke 71 degree
  • All Mountain – 69 degree
  • Freeride dan Downhill – 66 ke 67 degree

Jika anda lebih sukakan keadaan downhill yang curam dan kasar, belilah basikal yang memiliki head angle yang slack. Panjangkan fork atau rendahkan bottom bracket untuk lebih slack. Head angle yang steep sesuai bagi trail yang rata dan banyak mendaki.

3.2 Ketinggian Bottom Bracket

Ketinggian bottom bracket (label G) menentukan jumlah ‘clearance’ yang ada dengan permukaan trail. Lebih rendah bottom bracket maka lebih rendah pusat gravity anda dan lebih mudah untuk basikal anda melalui selekoh. Bagaimana pun, bottom bracket yang terlalu rendah memudahkan untuk basikal atau pedal anda tersangkut pada batu, akar atau lain-lain.

Basikal yang mempunyai travel yang panjang biasanya mempunyai ketinggian bottom bracket yang lebih untuk memberi ruang kepada suspension sag dan permukaan trail yang lebih kasar.

Ketinggian Bottom Bracket Pada Kebiasaannya

  1. Hardtail – 11.5 ke 12 inci
  2. XC Full Suspension – 12 ke 13 inci
  3. All Mountain – 14 inci
  4. Freeride dan Downhill – 14.5 ke 16 inci

Untuk kawalan yang baik, pilih basikal dengan ketinggian bottom bracket yang paling rendah. Tunggangan yang lebih perlahan di trail teknikal memberi kelebihan pada bottom bracket yang tinggi. Jika chairing crank menjadi masalah seperti selalu tersangkut pada batu dan lain-lain, gunakan yang lebih kecil beserta bashguard.

3.4 Panjang Pendek Chain Stay

Chainstay (label E) yang pendek adalah lebih menyeronokkan. Ia meletakkan bahagian belakang basikal anda betul-betul dibawah badan untuk lebih cengkaman ketika mendaki, memudahkan mengambil selekoh dengan lebih cepat dan lebih mudah untuk mengangkat bahagian depan basikal anda.

Namun begitu, panjang pendek chainstay juga dipengaruhi oleh panjang travel belakang, ruang tayar dan panjang rantai yang sesuai untuk mendapatkan rekaan frame yang baik. Oleh itu, dapatkan basikal dengan chainstay yang terpendek tetapi masih dapat memenuhi keperluan anda untuk ruang tayar dan travel yang cukup.

3.5 Seat Angle

Sudut tempat duduk (label I) yang lebih menegak seperti pada basikal cross country, meletakkan anda pada posisi kayuhan yang optimum. Sudut yang lebih condong akan meletakkan penunggang lebih ke belakang untuk memudahkan downhill. Anda masih boleh berkayuh dengan baik tetapi tidak sebaik pada sudut yang menegak. Pada kebanyakan basikal, sudut tempat duduk membayangi head angle mengikut kesesuaian corak tunggangan. Jika anda merasakan tempat duduk anda terlalu kebelakang, majukan ia pada seatpost.

Sila klik ‘Like’ jika anda sukakan artikel ini. Artikel dipetik dari Panduan MTB “Trailrider Blueprint”.

sumber rajabukit.com

Thursday, July 26, 2012

0

Cara Memilih Saiz Basikal Yang Betul

sumber :rajabukit.com


Pemilihan saiz basikal adalah bergantung kepada saiz badan dan kaki anda. Walaubagaimanapun, corak tunggangan anda juga akan memainkan peranan.

Sebagai contoh, jika anda lebih menumpukan kepada kayuhan atau racing, pemilihan saiz yang benar-benar tepat adalah amat penting. Tetapi jika anda lebih kepada suka-suka dan akan lebih seronok melayan trail ketika menuruni bukit di laluan yang pelbagai, anda digalakkan untuk memilih frame yang 1 inci lebih kecil dari saiz sebenar. Ini kerana frame yang lebih kecil akan lebih mudah dikawal dan lebih menyeronokkan.

Begitu juga jika anda memilih untuk menggunakan full suspension. Anda digalakkan untuk menggunakan saiz yang 1 inci lebih kecil berbanding hardtail. Ini kerana basikal full suspension biasanya adalah lebih tinggi berbanding hardtail.

Di bawah ini disediakan carta yang anda boleh gunakan sebagai asas untuk pemilihan saiz frame yang sesuai. Namun sebelum itu anda perlu melakukan sedikit ukuran pada badan anda.

Mengukur Ketinggian Anda

  • Tanggalkan kasut anda
  • Berdiri membelakangi dinding dengan kedua kaki terbuka bersahaja
  • Minta bantuan rakan untuk ukur ketinggian anda dari kepala ke kaki lantai
  • Tuliskan ketinggian anda dalam inci atau sentimeter

Mengukur Panjang Kaki Anda (Inseam)

  • Panjang kaki anda atau inseam basikal adalah berbeza dengan inseam pakaian atau saiz jeans
  • Mulakan dengan menanggalkan kasut anda
  • Berdiri membelakangi dinding dengan kedua kaki terbuka bersahaja
  • Letakkan sebuah buku di ‘kelangkang’ anda dengan bahagian ‘binding’nya menghadap ke atas
  • Minta bantuan rakan untuk mengukur dari lantai ke bahagian atas ‘binding’ buku
  • Catatkan ukuran dalam inci atau sentimeter

Gunakan carta di bawah untuk memilih saiz basikal yang sesuai untuk anda. Dengan mengetahui ketinggian dan panjang kaki anda, adalah lebih mudah untuk menentukan saiz yang sesuai dan selesa untuk anda. Di antara 2 ukuran itu (tinggi dan inseam), inseam adalah lebih penting.

Mountain bike biasanya mempunyai ukuran dalam inci, iaitu dari bahagian tengah crank sehingga ke top tube.

Panduan Saiz Mountain Bike

Mountain Bikes – Pilih Saiz Yang Betul
Tinggi Anda Panjang Kaki (Inseam) Saiz Frame
4’11″ – 5’3″ 25” – 27” 13 – 15 inci
5’3″ – 5’7″ 27″ – 29″ 15 to 17 inci
5’7″ – 5’11″ 29″ – 31″ 17 to 19 inci
5’11″ – 6’2″ 31″ – 33″ 19 to 21 inci
6’2″ – 6’4″ 33″ – 35″ 21 to 23 inci
6’4″ & ke atas 35″ and up 23 inci & ke atas

Friday, July 20, 2012

0

Untuk Mountainbiker 1



Terima kasih kepada Rajabukit.com kerana telah bersusah payah untuk membuat panduan kecergasan kepada peminat basikal MTB.... layari video yang telah beliau olah : -
1 comments

Kebaikan Kayuh Basikal

Kebaikan Kayuh Basikal

Banyak kelebihan kayuh basikal pada pandangan aku la. Berikut adalah yang aku senaraikan:

1. Dapat ramai kawan. Tak payah nak xplen. Aku yang pendiam dan pemalu nie pun dapat ramai kawan, ada dari meru, shah alam, sg besi, kapar, dll. Kalau yang mulut kecoh tu apatah lagi hahahaha

2. Dapat membuat jaringan kawan perniagaan dan urusan pekerjaan. Sapa nak business MLM pun bleh...

3. Dapat menenangkan fikiran. Bila tengok pemandangan yang indah. Pehhhh bestnya.

4. Ubat Selsema - Aku ni ada resdung. Kalau aku selsema maka ubat yang paling mujarab bagi aku ialah dengan kayuh basikal. Tapi kena ingat yang bagi sembuh Allah. Allah bleh bagi sembuh dengan kayuh, dengan ubat atau dengan apa cara yang Dia kehendaki.

5. Ubat kuat tenaga batin - rasa-rasanya macam bertambah kuat lak tenaga bila dah kayuh basikal nie. Mungkin sebab masa naik basikal tempat tersebut dan kawasan sekitarnya kena massage kot..

6. Dapat tau banyak jalan. Bila dah kayuh nie, macam-macam jalan dah aku rempuh sesama kengakawan. Habis satu Kuala Selangor aku redah. Yang paling dahsyat ialah kayuh dari kolam udang ke Taman Alam. Bukan setakat kuala selangor je aku redah...ke Bukit Kapar, Bukit Ramli, RRI, Frim. Macam-macam lagi lah.

7. Badan jadi sihat dan kuat dengan bersenam dan beriadah. Aku nie malas berjoging. Kayuh basikal je lah yang dapat aku buat.

8. Dapat tingkatkan motivasi. Bila tengok bukit tinggi. Dalam hati kena kata "aku boleh kayuh sampai atas tanpa nolak !!! " . Kalau lemah motivasi maka terpaksalah tolak. Tapi kalau tengok bukit tu memang sepatutnya kena tolak... tolak je laaa hahahaha apa tunggu lagi. And satu lagi bila tengok jarak kayuhan... pehhh contoh paling senang kayuh di Seri Iskandar, 55 km mtb offroad!! ... kalau motivasi tak kuat alamat naik lori pengelola la jawabnya.

9. Dapat belajar tip-tip kesihatan. Contoh cara penafasan bila kayuh. Aku di ajar tarik dalam dalam dan bila lepas nafas kena perlahan-lahan atau sikit-sikit. Oksigen akan terus ada dalam badan. Kalau lepas terus, oksigen akan hilang. (betul ke haa... korang yang pandai bab penafasan ni tolong bagi komen kat ruang komen ya). Juga makanan dan minuman untuk excersice contoh makan PISANG!!! macam tak caya je makan pisang bagi power lain la makan Power Bar...power gel, susu protein (bagi bina otot) dan lain-lain.

10. Banyak lagi da.... korang baca je lah article kat bawah...tak faham bahasa inggeris copy and paste dalam google translate k.

DAN AKHIR SEKALI BAGI LA KOMEN KAT RUANG COMMENT K... Setiap kali masuk website ni jangan lupa isi ruang comment k. Tapi minta tolong jangan buat ayat yang bukan-bukan dah la k.

Kebaikan kayuh basikal

1. Answer.com
2. Ezine Articles
3. Health Benefits of Cycling
4. Benefit of Cycling
5. Cycling and Health
6. Why Ride a Bicycle?


Bab makanan dan minuman untuk pengayuh basikal

(1) Basic Nutrition for Better Bike Riding
(2) Best Foods to Eat befor / after ride
(3) Cyling Food and Drink


Wednesday, July 18, 2012

0

Monday, July 16, 2012

1 comments

Kategori Basikal

Mountain bike - biasanya mountain bike ni orang guna untuk main offroad, maksudnya main kat terrain selain daripada jalanraya. Sebab tu mountain bike ni datang dengan tayar knobby supaya lebih cengkam pada permukaan bumi spt tanah merah, batu, jalan berlumpur & sebagainya. Mountain bike ni kadang2 orang guna untuk main jalanraya jugak, tapi biasanya akan tukar ke tayar slick mcm tayar basikal road aka basikal racing sebab kalau pakai tayar offroad, akan lebih penat & perlahan sebab bunga tayar & saiz yg kurang sesuai.

KATEGORI
Mountain bike ni pun ada banyak jenis tapi masuk 2 kategori utama : A. Hardtail - basikal yg takde suspension belakang




B. Softtail - basikal yg ada suspension belakang (yg ni pun ada banyak kategori mcm...)

1. cross country (xc) softail






xc ni utk yg suka main biasa2 aje x extreme sangat. nama pun cross country.

2. all mountail softail




all mountain plak advance sikit dari xc. nama all mountain tu sebab basikal tu sesuai utk banyak jenis permukaan, nak main xc xde masalah, nak main downhill pun boleh.

3. downhill



yg ni pada aku mmg extreme la... jenis turun bukit laju2. kayuh basikal pun kena pakai fullbody safety gear.

BRAND
Ada banyak gile brand MTB dalam market dari yg harga mampu milik mcm brand Raleigh, RMB, Exitway sampai la ke brand yg lebih advance mcm Merida, Giant, Specialized, Trek, Santa Cruz, Bianchi, Cube, Silverback & macam2 lagi. Harga start dari RM600 sampai ke belas2 ribu pun ada.

PARTS
1. Groupset - Groupset ni kira enjin utk basikal ni la. Dalam groupset ni ada crank, front derailleur, rear derailleur, cassette & shifter.
Groupset ni ada banyak speed, 7 speed (21 speed), 8 speed (24 speed) & 9 speed (27 speed) & 10 speed (30 speed). Speed ni bergantung pada cassette belakang ada berapa banyak (7/8/9/10) darab dgn chainring depan (biasanya ada 3). Lagi banyak cassette, lagi bagus la. Sebab tu, kalau ada RM, terus amik at least 9 speed. Kalau pakai 7 speed nanti x terfolo geng lain. Last2 sibuk nk kena upgrade. Utk advance cyclist, ada yg pakai 2 chainring depan je. Sebabnya biasa chainring paling besar jarang guna masa offroad & pada masa sama bleh reduce weight.

2 manufacturer groupset ni ialah SHIMANO & SRAM. Jenis2 groupset Shimano (ikut ranking,harga quote including brake):
a. Tourney
b. Alivio
c. Deore.
d. Deore XT (RM2K+)
e. XTR (RM4K+)
f. Saint (mahal woooo...)

Kalau SRAM pulak
a. X4
b. X7
c. X9 (RM2K+)
d. X0 (RM4K)
e. XX (mahal woooo...)

2. Brake - Brake ada 2, satu Vbrake (jenis kepit rim kalau brake) & disc brake (pakai disc la)
Skrg ni Vbrake dh less popular, orang prefer disc brake sbb stopping power yg lebih effektif.
Pastu disc brake pun ada dua jenis, MEKANIKAL & HIDRAULIK. hidraulik lebih mahal tapi less maintenance. Nak jual balik pun agak senang la.

3. FORK aka front suspension - Ada banyak brand, SUNTOUR, ROCK SHOX, MANITOU, FOX etc. Fork ni ada banyak la model dia eg (ROCK SHOX): Reba, Revelation, SID, XX, Sektor. Kalau utk xc, travel (panjang) 100mm pun dh cukup. Kalau advance ada yg 120mm, 140mm, 160mm & 180mm.
Ada pulak yg jenis boleh lock mcm Rock Shox Revelation (kalau x silap). Panjang dia 140mm tapi boleh lock jadik 100mm / 120mm utk kegunaan xc.

4. FRAME - Yg ni biasa orang pakai jenis aloi (x karat & lightweight). Ada jugak jenis carbon, mmg ringan gile, lepas beli wallet pun terus jadik ringan gak tapi lifespan dia 5 tahun aje. Berat frame yg ok eg Giant XTC dalam 1.5kg, MERIDA TFS300 1.8kg, LAPIERRE 1.3kg. Lagi ringan laaaaagi bagusss...

5. HANDLE, STEM & SEATPOST - Pun ada banyak jenis & jenama, lagi ringan lagi mahal. kalau yg elok carbon fibre dalam RM300+ bleh dapat dah.

6. SADDLE - ni penting la sebab kalau salah pilih merana la... Antara saddle yg ringan ialah Tioga Spyder dalam 140gm je banding dgn yg lain ada yg 300gm..

7. RIM - Pun ada banyak jenis. Brand yg bagus mcm MVR, AMERICAN CLASSIC, DT SWISS, MAVIC, FULCRUM etc. Kalau FULCRUM Red Metal 5 berat dalam 1.8kg aje sepasang. Harga dia baru dalam RM600+. Nak lagi ringan pun ada mcm AMERICAN CLASSIC 26 berat dalam 1.4kg x silap aku la tapi rega RM1.6K. Rim ni ada yg support tayar tubeless, so x risau kayuh dalam utan tayar pecah. Biasa yg pakai tayar tiub kena standby spare tiub, pam & tools dalam beg kot2 pecah dlm utan.

8. TAYAR - brand mcm PANARACER, KENDA, MAXXIS, MICHELIN, SCHWALBE etc. Sedia aje duit. Yg selalu aku tgk orang pakai Panaracer FireXC pro apa ntah harga dalam RM220 sepasang. MAXXIS Crossmark murah sket RM140 sepasang.

Complete bike ni kalau yg mahal berat dia antara 9kg sampai la ke 18kg pun ada kot. Hobi berbasikal ni mmg makan duit especially kalau xreti kawal nafsu... Lagi ringan lagi mahal...

Kalau roadbike aka racing aku tatau sangat...
==kredit untuk http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php?topic=80364.0==